Wednesday, 4 May 2011

PERODUA tolak penggabungan dengan PROTON

KUALA LUMPUR: Pengeluar automobil terbesar Malaysia, Perodua menolak cadangan kerajaan bagi menggabungkan syarikat itu dengan pesaing tempatan, Proton.

Pengarah Urusannya, Aminar Rashid Salleh, berkata syarikat itu yang mana sebahagiannya milik Daihatsu Motor Corp, sudah memberitahu panel kerajaan baru-baru ini, bahawa tiada kewajaran untuk menggabungkan kedua-dua syarikat tetapi masing-masing boleh meningkatkan kerjasama dalam aspek teknikal.
“Kami tidak nampak manfaat (bergabung), tetapi kami boleh meningkatkan dan memperbaiki kerjasama teknikal antara kedua-dua pihak,” katanya. 

No comments:

Post a Comment